Islamic Widget

Peta Dunia

free counters

Liku Liku Kehidupan Aku Selepas 5 Bulan Konvo

Monday, March 18, 2013

Assalamualaikum.....

Dah lama rasanya aku x update blog ini...Last dulu, masa praktikal kat Hospital Putarajaya..Rasa rindu pulak nk update pasal kehidupan aku selepas grad daripada UKM..

Salasilahnya: Aku dah konvo hampir 5 bulan berkuatkuasa pada 21/10/2012..Maknanya dah 5 bulan aku meninggalkan zaman pembelajaran aku di UKM sebagai mahasiswa Sains Nuklear, FST..Dulu mahasiswa, tapi sekarang gelarannya mestilah ALUMNI UKM..Tak geranddddd gitu..Haha..



Kawan-kawan satu kos Nuklear yang paling aku rapat....

Dalam tempoh 5 bulan ni, aku belum lagi mendapat kerja yang tetap....Tapiiiii, tak juga aku menganggur a.k.a penanam anggur yg berjaya...Banyak kerja yg aku dh mohon, tapi apakan daya, belum ada rezeki lagi....Mungkin rezeki itu ada, cuma lambat rezeki tu nk sampai kat aku..REZEKI DITANGAN ALLAH..Ingat tuuuu...

21/10/2012 - 30/11/2012

Selepas daripada tarikh kuatkuasa konvokesyen, dalam tempoh sebulan ini, aku dah fikir nak berehat selama SEBULAN...Tapi excuse me, bukan mengganggur okayyyy...cuma nk berehat, sambil2 minta kerja umpama pengemis di tepi jalanan..Haha...Makan, tidur, joli2, lepak hujung minggu kat UKM (Geng-geng Kolej IbrahimYaakub, KIY amnya Mohd Baihaqi Amin khususnya)..Tgk wayang, tgk bola dan lain-lain....

Lepak2 tgk bola AFC Cup Malaysia Vs Thailand
1/12/2012 - Kini (19/3/2013)

Awal Disember 2012, aku dh puas cutii...Makanya bermula kisah aku ke hulu ke hilir nak cari kerja..Macam2 kerja aku mohon, tapiii apakan daya...Aku dah berusaha sedaya upaya, namun masih tiada rezeki...Jadi aku tekad nak kerja kilang walaupun gaji RM900 sahaja (aku x malu kerja kilang walaupun aku lulusan ijazah universiti)..Namun, tetiba ada petunjuk rezeki supaya aku mencuba nasib di UKM, Bangi...

Maka, bermulah kisah aku berjumpa pensyarah aku untuk memohon menjadi Research Assistant/Pembantu Penyelidik (RA)...Disebabkan rezeki aku kuat di sini, dengan izin Allah, aku menjadi RA kat UKM dengan gaji permulaan RM1600 kasarnya, tolak KWSP Perkeso bagai, maka gaji aku RM1400...Walaupun gaji itu tidak setaraf dengan gaji ijazah..Tapiii, aku bersyukur sebab masih boleh bagi duit kat keluarga, belanja sahabat2...Boleh la hidup kendiri di bumi Bangi nii..

Rezeki aku makin mencurah-curah pabila gaji RA aku dinaikkan daripada RM1600 kepada RM1800..Kalau difikirkan, duduk2 rumah pun, aku xkan dapat rezeki sebanyak ini...maka hidup aku semakin selesa...

Tambah pulak aku dikurniakan sahabat2 yang memberi aku tempat tinggal kat UKM ni..tanpa sahabat aku khususnya Mohd Baihaqi Mohd Amin (Aqi) rasanya aku xkan berada di mana aku berada sekarang.. Dengan ucapan sebanyak2 terima kasih kerana bagi aku merempat di UKM tu... (sesiapa2 wanita2 diluar sana tengah mencari calon tu, dia ni sesuai sangat..Baik, periang, gila-gila, sporting, xkedekut..Sesuai la untuk dijadikan calon...Haha..Maaf Qi!!)

Inilah gerangannya Mohd Baihaqi Mohd Amin (Aqi)
Selain itu, aku lampirkan sedikit foto-foto aku sebagai RA dan demonstrator makmal kat UKM nie...Haha

Demonstrator Makmal Sains Nuklear UKM
Pembentangan Kertas di Kelantan

Aku rasa cukuplah corat coret untuk perkongsian kali ini...Setelah 5 bulan konvo, inilah hasilnya aku..Seorang insan biasa yang masih mencari arus perubahan untuk masa depan diri aku, keluarga aku, bakal isteri aku dan bakal generasi aku..Semoga semua Cakna dengan kehidupan masing-masing...

Salam Cakna daripada,

Muhammad Hafiz Hanafi
Alumni UKM a.k.a Staf Sementara UKM juga..
Seorang Insan Yg Mencari Arus Perubahan....




3 comments:

themissingikmal said...

gitewwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww

Putra Al-Hafiz said...

Cehhhh...nganjing nampak!! Tau la dh jadi kerani skg nieee...Gituwwwwwwwwwwwwww...haha

themissingikmal said...

aku xckp papepun..cuma bagi reaksi yang menjulang penulis blog ini..TAPI APA KAN DAYA, PUJI MACAM MANA PUN, TETAP DILEMPAR TAHI..aku sedar siapa aku..hahahaha