Islamic Widget

Peta Dunia

free counters

Nak Tenangkan Jiwa, Kat Sini Lah Tempatnya..

Friday, March 29, 2013

Assalamualaikum w.b.t

Berjumpa lagi kita kat belog aku yg hidup segan, tapi tak mati2 lagi nie..Haha..terasa lega sikit bila nk menulis kat belog nie... (lantak aku la nak tulis ape pun kat belog nie...ni blog aku bukan belog kauuu...)haha

Tambah pulak tulis belog sambil dgr muzik..Hilangla sikit tension nie...Haha

Nak ikutkan cerita, aku tadi terasa tension jugak bila dgr cerita touching2 nie..Bukannya apa, cuma kita dengar drpd orang lain..makin terasa la..

Salasilahnya begini...

Nk ikutkan kejap lagi aku dgn geng2 aku yang aku anggap sahabat nie nk tengok wayang citer G.I Joe 2 kat Alamanda kejap lagi..Disebabkan ini cerita baru, jadi tiket kena tempah awal..Kalau lambat, tinggal habuk la..tu pun nasib kalau tinggal habuk..klu tak de habuk??Macammana..haha

Maka dgn confirmation yang aku buat semalam, hanya 5 orang yg sempat aku tanya..Jadi hanya 5 tiket la aku beli secara online pagi tadi..Tapi yang tak sedapnya bila ada orang duk cakap dan mempersoalkan kenapa aku beli 5 tiket...

Igtkan takde pape, tapi bila aku dgr drpd org lain ttg dia taknak join kiteorang mkn sbb "x join program"..sentap jugak la aku...rasa serba salah pun ada..

Tapi dek setan yang banyak sangat kt dlm hati ni, makanya marah aku membuak2...Aku ni kalau marah memang tak tunjuk kemarahan dgn herdik ke maki2 ke..cuma klu marah aku senyap dan lepaskan kt alam maya..

Takpa la..dah aku terbeli tiket hanya 5 shj..nk wk guane kannn..Life must go on.. 

Maka dengan itu, aku mintak maaf, maaf, dan maaf..Mungkin ini kesilapan aku yg tak dirancang drpd awal..

By da way, ini mungkin kali terakhir aku tgk wayang dgn korang..So, apa yg terkurang itu drpd kekhilafan aku sendiri k... Chillax..

#susah nak jaga hati semua orang, yang penting jaga hati kita sendiri dulu okay..Haha..

Nak dimenarikkan cerita ni..Nah ni sinopsis citer G.I Joe 2..







Yang Bersalah,

Muhammad Hafiz Hanafi
Cakna Dengan Situasi

Apo Kono Dengan Hang?? Parody Apo Kono Eh Jang.. Best Baq Ang

Wednesday, March 27, 2013

Assalamualaikum w.b.t


Selamat petang kengkawan semua...Terasa kebosanan jugak aku di petang hari pabila semua kerja di opis ni dah siap..So, dah xda kerja, makanya, aktiviti mengapdate belog bermula.. RACE STARTED!! (ala-ala RUNNING MAN pulak..Haha)

Tengah2 aku godek2 main internet yang superb laju kat opis nie, terjumpa plak aku satu video yang sgt la lawak... 

Artis2 dia jgn cakap la, fofular, panas lagi HOT gitu..Haha..Siapa lagi kalau bukan artis yang gila2 kt Hot.fm tu..Si Fara Fauzana ft pulak dengan AG dgn FBI..Haishh macam2 la HOT.fm nie..

Video yg diorang make-it-real ni kiranya parody Lagu Apo Kono Eh Jang..So selamat menonton ya..



Yang Ketawa Sakan,

Muhammad Hafiz Hanafi
Cakna dengan Hiburan Masa Kini

Lagu-lagu Best PRU-13.. BN Gagasan 1 Malaysia, PAS Untuk Semua

Monday, March 25, 2013

Assalamualaikum w.b.t

Jumpa lagi kita yekk..Nk buat cana..Dah aku ter-rajin sgt update menatang blog aku nie...haha..

Nak dijadikan cerita, tengah2 aku godek2 muka-buku a.k.a pesbuk terjumpa pulak lagu2 yang akan menjadi tatapan semua rakyat Malaysia yang akan mengundi pada PRU-13 nanti...

Kalau zaman dulu, kesemua parti duk pung pang pung pang guna manifesto dan bendera hikmat mereka tu..tapi la ni lain pulak citer nyerr..Guna lagu-lagu best lagi up to date tuuu...

Disini aku taknak korang sokong mana2 belah pihak atau hapa...Aku bukannya nk berkempem pun..Lain la pasang bendera, dibayar..haha

Antara Calon-Calon LAGU JENTERA PRU-13


Carta NO 5 : UNDILAH




Carta NO 4 : UBAH





Carta NO 3 : SATU MALAYSIA SATU BAHTERA



Carta NO 3 : SAYA PILIH MALAYSIA




Carta NO 2: PAS UNTUK SEMUA




Carta NO 1: TERIMA KASIH


*Aku rating ni mengikut kesedapan halwa telinga aku...TELINGA AKU, BUKAN TELINGA KAU... BEST lagu itu subjektif...HAHAHA..

Good Luck dan Semoga Berjaya kepada semua PARTI-PARTI yang bertanding ye!


Yang Mendengar,

MuhammadHafizHanafi
Cakna dengan lagu-lagu PRU-13



Disebalik filem OLYMPUS HAS FALLEN

Sunday, March 24, 2013

Assalamualaikum w.b.t

Bojumpo laie kito dalam odisi entri kali ini nampak ea...Tetibo potang ni den ghaso nak update belog den yang idup sogan mati tak mau ni..Haha.. 

Bondo yg den nak khobar an pasa cito Olympus Has Fallen yang tongah popiler kek wayang nun.. (popiler ala-ala pisang goreng yang dijua kek stedium Paroi tu). Cito ni den nengok marin kek GSC Alamanda Putrajaya nun..Jgn pilak korang nk samokan dgn GSC Terminal One plak..Jaoh bezo ea..

Tukar slang pulak..

Sebelum aku tulis dgn panjang lebar, nah korang perhatikan dulu poster dgn penerangan ringkas menatang Oympus ni..


Release Date: 22 Mar 2013
Language:English
Subtitle: Chinese / Malay
Genre:Action / Thriller
Running Time: 120 minutes
Director:Antoine Fuqua
Cast:Gerard Butler, Morgan Freeman, Aaron Eckhart, Rick Yuen
Synopsis:
When The White House (Secret Service Code: "OLYMPUS") is captured by a terrorist mastermind and the president is kidnapped, disgraced former presidential guard mike banning finds himself trapped within the building. As our national security team scrambles to respond, they are forced to rely on Banning's inside knowledge to help retake the white house, save the president, and avert an even bigger disaster.


Terus terang aku cakap dengan korang citer die memang best la...Aksi dia jgn cakap la..Maen tembak2, darah2 berlumuran jgn cakap la...Memang syiok la siapa yang sukekan filem aksi...Sampaikan korang tak cukup nafas..Sebab aksi dia perghhh, continoussss.. (ala-ala main CS la...Haha..Xpernah main sila senyap ye..)

Tapi disebalik aksi2 tu terdapat calar cela nya jugak...Typical citer omputeh nie mmg racist dan suka burukkan negara yang tak sebulu dgn depa...Lebih2 lagi negara2 islam..Tapi dlm citer nie ...mangsanya ialah negara Korea Utara* (Boikot citer korea cepat..Haha), Pakistan dan Negara Middle-East (Timur Tengah a.k.a Negara Islam)...

Dalam citer nie...Depa duk memburukkan Korea Utara lantak pi la..Ada aku kesah!! Tapi bila dia duk cite yang Pengganas (Kang namanya dlm citer Olympus nie) mendapat supply bahan nuklear daripada "Pakistan ke Pyongyang"...Tuih..Mmg tak lari gunung dikejar tapi lagi la tak lari pabila org putih mmg suka burukkan islam...So, diorang nak citer Pakistan tu mmg negara Terrorist.. (Salah kita jugak, sebab berpecah-pecah..makanya, sek2 kito jgn berpecoh k)

Lagi satu ayat tak boleh bla bile White House telah ditawan oleh pengganas Korea Utara ialah "Middle-East will happy with this situation"...Nampak tak keburuksangkaan Barat terhadap Middle-East... Terselit ideolisme utk membenci Islam.. 

Itu sahaja kritikan aku untuk citer nie...Klu ada pape penambahan dan pembaikan, sila DM dengan aku k..



Salam Review'

MuhammadHafizHanafi
Cakna dengan Dialog Movie..Haha


Tun Mahathir Mohamad Datang Ke UKM....Sayang Tun M !!

Saturday, March 23, 2013

Assalamualaikum w.b.t


Entri kali aku nak berkongsi sedikit pengalaman gembira aku kt dalam blog ni... Betapa gembiranya aku pabila mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Asmah datang ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 22/3/2013.

Tun M datang UKM bukan sekadar melawat dengan tangan kosong umpama tin kosong tetapi beliau hadir ke UKM untuk berbual bicara secara live dengan warga UKM.

Tajuk yang begitu mudah untuk kita fahami "Mahasiswa dan Kedaulatan Negara"



Kalau korang hadir talk ni..Pasti korang bangga dengan Tun M..Kerana talk beliau sedikit pun tidak menyentuh sentimen politik mahu pun agama... "Sharing Is Sacrifice"...

Aku pun dah malas nk tulis..So tu je aku nak kongikan..Selamat malam..

Ditelan Mati Mak Diluah Mati Mak Jugak...Ayah???

Thursday, March 21, 2013

Assalamualaikum w.b.t

Berjumpa lagi kita dalam edisi entri kali ini....Edisi?? Dah macam edisi khas kt tb3 pulak..Haha..

Terfikir jugak aku apa yang nak dibual-tuliskan pada entri kali ini...Bosan jugak kalau nak diceritakan pasal hal2 PRU-13...Biarlah hal2 PRU ni diceritakan oleh orang lain..Undi saya adalah rahasiaaaaaa...Nmpak rahasiaaaanya itu..Tibaaaa...Haha

Topik yang nak dibual-tuliskan adalah: DITELAN MATI MAK DILUAH MATI MAK JUGAK..AYAH??

Mungkin ramai yang tertanya2 kenapa topiknya begitu-begini...Bukankah sejak zaman dahulukala-kali lagi perumpaan melayu (Melayu shj..tiada perumpaan 1Malaysia) "Ditelan Mati Mak Diluah Mati Bapa" digunapakai.. (konfiusssss??Hah, sambung baca lagi)..

Signifikan topik "Ditelan Mati Mak, Diluah Mati Mak Jugak..Ayah??" kerana sinopsis senario anak2 sekarang yang nampaknya lebih dominan rapat dengan ibu/ mak/ ummi/ mama/mummy/maknyah berbanding dengan bapak/ ayah/ abah/ walid/ apak/ daddy/ bapak ayam ... Kenapa dan bagaimana perkara ini berlaku??Sedangkan itu bapa mereka sendiri...Mengapa boleh wujudnya jurang komunikasi-kasihsayang antara bapa dan anak?? Mari kita bongkarkan..

Tidak salah rapat dengan ibu anda, tapi jangan abaikan untuk berkomunikasi dengan ayahanda tercinta. Aku tulis entri ni pun bukan suka-suki semata2 nk penuhkan blog..Tapi sebagai peringatan kepada kita semua..takut hal ini menjadi barah dalam daging..

Hal ini berlaku depan mata aku sendiri kerana pernah emak aku menceritakan kepada aku tentang ayah aku mengadu pada mak aku tentang kekhilafan aku kepada nya.. (diterangkan pada sinopsis 1, sinopsis 2 dan sinopsis 3)

SINOPSIS 1 (Kisah aku..Benar punya)

Disebabkan dulu(masa matriks) aku asyik call mak aku berbanding ayah aku...Obiouss sgt kann..Tepon mak aje..Soalan yang ditanya abah pada mak aku adalah "kenapalah apis asyik telepon awak je...Dia tak sayang abang ke (nada sedih)??" Tahukan korang, betapa berderaunya darah aku pabila mak aku menceritakan hal ini kepada aku..Dari ayat tu, aku dh tahu ayah aku berkecil hati dengan aku..TAPI dia tak pernah TUNJUK kepada anaknya ini...Hebatnya ayah aku, kerana tetap layan aku seperti biasa, smpai aku tak sedar yang aku melukainya secara tersirat..Maafkan apis ya Abah!.. *kisah ni berlaku kat matriks ye..Skg dah tak lagi..Haha.. (peringatan untuk korang sahaja)

Kesilapan aku adalah aku tak call ayah aku shj...Sedangkan aku dengan ayah aku rapat kamcing mcm kawan...Klu dalam kereta tu, tak de la sampai cakap sepatah jawab sepatah...Almaklumla aku kan banyak cakap..Haha..Takkan senyap punya la.. Hahh..Pasal xcall pun dah berkecil hati, apatah lagi kalau tak bercakap sangat..Oleh itu sesekali telepon la ayahanda korang masing2..Jgn asyik call mak je OK..

SINOPSIS 2 (Kisah sahabat ayah aku dan anaknya)

Disebabkan aku yang rapat dengan ayah aku sejak kecik smpai la sekarang (siap cium pipi ayah aku lagi, korang??mesti cium pipi mak aja kannn..Haha *bangga). Aku ikut ayah aku gi masuk hutan, mancing, pikat ayam hutan, pikat burung terkukur dll..Mungkin sebab tu aku rapat dgn ayah aku tu..

Sehinggakan ada kawan ayah aku tanya kat ayah aku "Napi, napa anak kau boleh masuk sekepala dengan kau, mesra lagi..kalau anak aku..Sepatah aku ckp sepatah dia jawab..Macam xde komunikasi..." (*Napi, nama singkatan bapak aku)..

Korang nampak x tuu.. Keakraban anak pakcik XXX tu dengan pakcik XXX tak rapat..Jurang ini yang kita panggil tiada komunikasi..Anak2 macam takut sgt dengan si ayah..Guana tuuuu...teruskan kat sinopsis 3..

Sinopsis 3 (Kisah sahabat aku dengan ayah dia)

Ni pulak kisah kengkawan aku yg bercerita tentang ayah depa...Kawan aku seolah tergamam pabila aku bercerita tentang aku cium pipi ayah aku...Dia ckp dia xpernah cium pipi ayah dia kecuali "bila tiba HARI RAYA"... Haha klakar bukan..Selalunya dan tipikalitinya, anak2 biasa cium pipi mak dan bonda mereka..Tapi ayah??? Diabaikan begitu sahaja..Adilah kah?? Dimanakah keADILan nyer??Eh eh eh..dah macam berpolitik pulak...Haha..Maaf..Almaklumla terikut2 bahang PRU 13..

Untuk menggempakkan cerita soksek nie, dia cakap dalam keta pun dia akan senyap..Bapak dia pun senyap..Macam xda orang dalam keta..tapi klu dengan mak...Tak cukup sejam, berjam2 cakap itu ini...Pelikkan..Dimana silap nya.. (kalau aku dgn bapak aku, dah pung pang pung pang dlm keta berborak, ketawa bagai)

Di sini saya insan biasa-biasa saja nk kongsikan tips untuk anak2 rapat dengan bapak..Guane?? Baca lah lagi di bawah.


Tips Nak Rapat Dengan Abah/Papa/Daddy/Walid/Ayah


1. Telefon dengan lebih kerap

Kalau dah duduk jauh tu, sesekali telefonlah la abah korang tu..Jangan asyik tepon mak je (korang tepon mak pun sebab nak tanya masak ape kannnn...haha).. Tanyalah khabar sikit ala ala Shae - Sayang Apa Kabar Dengan Mu gituuuu...haha

Sumber : MR. GOOGLE
2. Buatkan minuman

Kebiasaannya bapak2 ni suka minuman orang tua a.k.a kopi..Jadi jgn segan silu nak buat abah korang air...Tambah pulak air tangan korang kannn..lagilah dia syg kat korang.. (kalau pandai masak lagi bagus...BONUS tuuu..)


Kopi pun jadi lahhhh...
3. Lepak sebentar dengan dia

Kalau ayah korang tengah duduk kat kerusi malas sesorang tu, temankan lah dia sebentar..tak lama pun 5 minit jadilah..Barulah ada ikatan komunikasi walaupun sedikit.. (nak lagi syok, berehat sebentar bersama KIT-KAT...haha)

4. Borak tentang apa yang paling disukai

Hobi apa yang ayah korang paling minat?? Bola sepak, badminton, hoki dll..korang bukak pasal benda yang dia minat..kompem la nanti mesti berjam2 korang borak..lagi2 pasal bola... (kalau aku, aku borak pasal mancing, pikat ayam, masuk hutan...Tu citer feberet aku dengan abah aku..Haha)


Perghhh...dah lama xpergi pikat ayam hutan...Syok dulu2 duk kat kampung.

Mancing pun syok jugak..Nk2 fight dgn ikat besarr...Puas2..
5. Urut2 dan picit2kan badan ayah

Sesekali terasa lega jugak ayah korang bila balik kerja je..ada orang yang tolong picit2kan badan...Hilang penat bekerja..Tak gituuu..Tapi biasalah perkara ni susah sikit nk buat..Betul tak..Pelan2 kayuh k..Haha


Dulu selalu buat masa kecik2..Kenapa sekarang xboleh???
Sumber: MR GOOGLE
6. Cium pipi ayah

Kalau korang tak penah2 cium pipi ayah korang , mesti dikatakan buang tebiat agaknya anak aku ni, katanya...Haha..Antara keenam2 tips yang diberi, ni yang paling susah nk dilakukan..tambah pulak korang anak lelaki..kannn... (haha..aku pun laki, tapi boleh je cium bapak aku..Guane tu??) Nak seribu daya, tak nak seribu dalih...


Buat macam ni..Susah ke???
Sumber: MR. GOOGLE
Itu je tips yang mampu aku berkongsi dengan korang k..Jumpa lagi pada edisi entri akan datang..Jangan lupa doakan mak bapa korang sekurangnya sekali sehari...Haha




p/s: Suatu masa nanti korang akan bergelar bapa (kepada yg lelaki)...Takkan korang nak anak korang jadi cam korang kann...tepuk daya tanya selera


Yang berkongsi,

Muhammad Hafiz Hanafi
Cakna dengan Isu Keluarga..

Ciri-ciri Lelaki Yang Menjadi Idaman Wanita Tetapi Sukar Dicari...

Wednesday, March 20, 2013


Assalamualaikum w.b.t....

Singgah lagi nampaknya aku kat blog aku nie...Bukan sebab bosan atau apa....Apatah lagi membuang masa nak tulis benda2 yang tak berfaedah (Kutuk kerajaan salah, pembangkang penipu, tuduh sana sini, dia salah kau salah, dll...itu bukan aku..Haha)..

Terdetik dekat fikiran aku nak berkongsi harapan,idaman dan impian wanita-wanita di luar sana untuk mempunyai lelaki seperti ciri-ciri yang mereka kehendaki...(adik2, kakak2, makcik2, dan mak nyah, pondan, bapok dan sama spesis dgnnya terkecuali..tetttt..Hahaha

Gambar Hiasan Sahaja..Sumber: MR.GOOGLE

Ramai sahabat-sahabat perempuan aku cakap lelaki sekarang semua sama sahaja..Tiada apa-apa pun yang istimewa..Lebih senang dipanggil TIPIKAL LELAKI MELAYU..(Take note ye para pria termasuklah aku....)

Sudah semestinya, wanita2 ni dambakan lelaki yang kacak, maskulin, romantik dan macam2 lagi yang tipikal pada lelaki sekarang...Namun begitu, jauh di sudut hati mereka terdetik kemahuan lelaki yang bercirikan berbeza dgn tipikal lelaki lain...Ciri ciri ni susah dan sukar nak didapati pada lelaki tipikal kata mereka...Haha.. (agak2 ciri-ciri tu ada tak pada aku..)

Ciri-ciri lelaki yang semakin PUPUS:

1. Tidak merokok

Rokok dan lelaki mmg tidak dapat dipisahkan..Apatah lagi rokok telah menjadi sahabat yang baik sejak zaman remaja lagi...nk dikatakan mereka ni memang rapat bagaikan aur dengan tebing..kononnya..Haha..Sebenarnya perempuan tidak suka pada lelaki yang merokok! Itu pasti. Tapi bagi lelaki, merokok tanda maskulin (main-main asap, kepul2 pastu buat bulat2..Macho kononnya..Haha)..

Percaya atau x, ramai lelaki berjanji akan berhenti merokok bila dah berkahwin kelak...Tapi biasalah, bila janji sekadar janji...Maka jadilah JANJI DICAPATI..Maka, wanita2 ni percaya bahawa lelaki akan berhenti merokok selepas kahwin..Tapiiii..HARAMMMMM nk berhentinya...lagi kuat merokok adalah..

Persoalannya, berapakah nisbah lelaki yang merokok berbanding lelaki yang tidak merokok? 10:1 braderrr gua cakap sama lu... Maka, si wanita2 ni pun makan hati sampai ke tua....



2. Pembersih

Haha..Siapa kata lelaki kotor! siapa siapa siapa...Bukankah lelaki keluar dating wangi semerbak kasturi??Itu semua dusta belaka..Dari luaran memang nampak bersih, tapiii secara tersiratnya?? Cuba ditanya pada diri sendiri, berapa kali kah seluar jeans , baju mereka dibasuh...Silap2 mereka menjawab, sebulan sekali..Ntah2 setahun sekali..Kau mampuuuu! haha...Ntah2 boxer dan seluar dalam dipakai berkali2 agaknya.. (aku terkecuali..Haha)



3. Pandai buat kerja rumah

Lelaki yang pandai buat kerja rumah bukan bermaksud pandai buat kerja sekolah okayy..Tapi pandai menguruskan kerja-kerja rumah...Mengemas rumah, basuh dan lipat baju dll...Cisss, ini bukan kerja perempuan ke? Hah, itu dia soalan cepumas TIPIKAL LELAKI...Boleh dikira pakai jari berapa la sangat lelaki pandai buat kerja rumah...Pegang penyapu macam pegang kayu golf, basuh baju?? Baju pun xpernah basuh..kat rumah pun BOXER mak basuhkan...Hah, ciri ini yang spesial dan sukar dicari pada tipikal lelaki..kannnn...Percaya atau tidak..ramai perempuan mengharapkan golongan lelaki yang bergelar suami menolong mereka menguruskan rumah..Tapi apakan daya, renang lautan api pun belum tentu dapat, iye idak!



4. Pandai masak

Kebiasaannya golongan wanita yang ke dapur...Lelaki hanya duduk kat ruang tamu, minum kopi sambil rokok..Kalau korang fikir macam ni..tahniah, anda memang tipikal lelaki... (aku masih terkecuali..Haha) Kesian si isteri sesorang masak..Kepada golongan wanita di luar sana tu, lelaki sebenarnya bukan tak pandai masak cuma diorang pandai masak 3 perkara asas iaitu masak AIR, TELOR GORENG, dan paling spesial MAGGI TELOR MATA...Haha..Itu pasti...




Hah..itu lah ciri-ciri yang perempuan nak yang sering aku dengar keluar drpada mulut wanita itu sendiri...Sama ada kita, lelaki2 tipikal melayu ni nak terima untuk berubah ataupun berada pada kempompong zon selesa..terserah..Anda yang menentukan (undi adalah rahsia..Haha) Masa untuk kita berubah!!


Undilah Saya...haha


Sekadar berkongsi

Muhammad Hafiz Hanafi
Bukan Lelaki Melayu Tipikal..Kononnya..

Aku Hanya Insan Biasa

Tuesday, March 19, 2013

Assalamualaikum....

Terdetik untuk aku menulis lagi di blog yang dh lama x dikunjungtiba...Ntah2 dah berhantu agaknya blog aku nie..Haha..PUAKA gitu..

Intipati untuk entri kali ini berkenaan dengan IKATAN PERSAHABATAN...

Kredit kepada: http://bicara-hati-mama.blogspot.com/2011/03/apa-perbezaan-sahabat-dan-kawan.html
Sesiapa yg berasa x berminat untuk membaca, aku x paksa anda semua untuk menelaah entri ni umpama nak jawab exam plak...Maaf x dapat nak bagi 9A+.Motiffff?? (Haha...Result SPM kan nak keluar esok..)

Salasilahnya entri SAHABAT ini berpunca daripada kisah "seorang sahabat aku ni berkecil hati dengan aku"...Jadi terdetik dalam benak aku samada mmg salah aku ataupun dia yang cepat melatah x tentu hala. Makanya, terdapat 2 kebarangkalian dan kemungkinan konflik ini...Samaada aku salah ataupun dia salah.. (Konflik ini xbesar pun...Jgn pulak korang anggap konflik ni mcm isu negara haram Israel dan negara suci Palestin!)..Jadi xda isu2 bom2 apatah lagi NUKLEAR! Haha

Disebabkan aku ni jenis orang yang suka memohon maaf..Jadi aku face to face cakap dengan dia..Almaklumla nak jaga silaturahim dan hablun minal nas (hubungan sesama manusia)...Setelah diolah dan dirakam cetak ke tulisan..Begini dialog nya:

Aku: Kau marah kat aku ke ****** ?

Dia: Ye lah!! (Cakap dengan kuat..Nak bagi semua orang dengar kot ketidakpuasan hati dia)

Aku: Apa yang aku buat? (Aku jawab dengan cool..Haha)

Dia: Aku ajak semua kau tak nak pergi...Aku ajak je, mesti kau ada macam2 alasan (cakap sambil x pandang muka aku dan masam mencuka plak tu)

Aku: Ye lah..kau ajak masa aku ada hal..(seriously, mmg aku ada hal time tuuu)

[****** simbol ni bukan carutan, makian mahupun sumpah seranah...Tapi simbol ganti nama okay..Haha]

Haha..begitulah dialog nya setelah dirakam cetak ke tulisan dlm blog nie...Kekadang cam kelakar pun ade dialog nie..tapi bila difikirkan balik, di mana salah nya sehingga ada konflik ini..

Balik bilik, aku terus muhasabah diri..."Adakah sahabat2 disekeliling aku berkecil hati dengan aku??" Bagi aku biarlah orang buat aku berkecil hati,,tapi bukan aku buat sahabat aku berkecil hati...

Perkataan yang mampu aku sebut hanyalah kata hikmat "MAAFKAN AKU" ...Sekiranya aku yang bersalah, aku mohon maaf..dan sekiranya kau yang bersalah wahai sahabat, aku mohon maaf jugak...Aku hanyalah insan biasa...

Puisi dan sajak ni sebagai tanda mohon maaf ya SHOHABAH

Kredit kepada: http://teman-berbicara.blogspot.com/
Sumber: Mr. GOOGLE.COM





LIRIK SAHABAT SEJATI - UNIC

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

Rasanya itu saja entri untuk kali nie...Dengan rasa rendah diri, aku minta maaf dengan sekihlas hati ini...

p/s: Kalau aku sebut Maaf, Maaf, Maaf, Maaf...Aku harap kau LISTEN, LISTEN, LISTEN, LISTEN....Hahaha


Hamba yg Bersalah,

Muhammad Hafiz Hanafi



Liku Liku Kehidupan Aku Selepas 5 Bulan Konvo

Monday, March 18, 2013

Assalamualaikum.....

Dah lama rasanya aku x update blog ini...Last dulu, masa praktikal kat Hospital Putarajaya..Rasa rindu pulak nk update pasal kehidupan aku selepas grad daripada UKM..

Salasilahnya: Aku dah konvo hampir 5 bulan berkuatkuasa pada 21/10/2012..Maknanya dah 5 bulan aku meninggalkan zaman pembelajaran aku di UKM sebagai mahasiswa Sains Nuklear, FST..Dulu mahasiswa, tapi sekarang gelarannya mestilah ALUMNI UKM..Tak geranddddd gitu..Haha..



Kawan-kawan satu kos Nuklear yang paling aku rapat....

Dalam tempoh 5 bulan ni, aku belum lagi mendapat kerja yang tetap....Tapiiiii, tak juga aku menganggur a.k.a penanam anggur yg berjaya...Banyak kerja yg aku dh mohon, tapi apakan daya, belum ada rezeki lagi....Mungkin rezeki itu ada, cuma lambat rezeki tu nk sampai kat aku..REZEKI DITANGAN ALLAH..Ingat tuuuu...

21/10/2012 - 30/11/2012

Selepas daripada tarikh kuatkuasa konvokesyen, dalam tempoh sebulan ini, aku dah fikir nak berehat selama SEBULAN...Tapi excuse me, bukan mengganggur okayyyy...cuma nk berehat, sambil2 minta kerja umpama pengemis di tepi jalanan..Haha...Makan, tidur, joli2, lepak hujung minggu kat UKM (Geng-geng Kolej IbrahimYaakub, KIY amnya Mohd Baihaqi Amin khususnya)..Tgk wayang, tgk bola dan lain-lain....

Lepak2 tgk bola AFC Cup Malaysia Vs Thailand
1/12/2012 - Kini (19/3/2013)

Awal Disember 2012, aku dh puas cutii...Makanya bermula kisah aku ke hulu ke hilir nak cari kerja..Macam2 kerja aku mohon, tapiii apakan daya...Aku dah berusaha sedaya upaya, namun masih tiada rezeki...Jadi aku tekad nak kerja kilang walaupun gaji RM900 sahaja (aku x malu kerja kilang walaupun aku lulusan ijazah universiti)..Namun, tetiba ada petunjuk rezeki supaya aku mencuba nasib di UKM, Bangi...

Maka, bermulah kisah aku berjumpa pensyarah aku untuk memohon menjadi Research Assistant/Pembantu Penyelidik (RA)...Disebabkan rezeki aku kuat di sini, dengan izin Allah, aku menjadi RA kat UKM dengan gaji permulaan RM1600 kasarnya, tolak KWSP Perkeso bagai, maka gaji aku RM1400...Walaupun gaji itu tidak setaraf dengan gaji ijazah..Tapiii, aku bersyukur sebab masih boleh bagi duit kat keluarga, belanja sahabat2...Boleh la hidup kendiri di bumi Bangi nii..

Rezeki aku makin mencurah-curah pabila gaji RA aku dinaikkan daripada RM1600 kepada RM1800..Kalau difikirkan, duduk2 rumah pun, aku xkan dapat rezeki sebanyak ini...maka hidup aku semakin selesa...

Tambah pulak aku dikurniakan sahabat2 yang memberi aku tempat tinggal kat UKM ni..tanpa sahabat aku khususnya Mohd Baihaqi Mohd Amin (Aqi) rasanya aku xkan berada di mana aku berada sekarang.. Dengan ucapan sebanyak2 terima kasih kerana bagi aku merempat di UKM tu... (sesiapa2 wanita2 diluar sana tengah mencari calon tu, dia ni sesuai sangat..Baik, periang, gila-gila, sporting, xkedekut..Sesuai la untuk dijadikan calon...Haha..Maaf Qi!!)

Inilah gerangannya Mohd Baihaqi Mohd Amin (Aqi)
Selain itu, aku lampirkan sedikit foto-foto aku sebagai RA dan demonstrator makmal kat UKM nie...Haha

Demonstrator Makmal Sains Nuklear UKM
Pembentangan Kertas di Kelantan

Aku rasa cukuplah corat coret untuk perkongsian kali ini...Setelah 5 bulan konvo, inilah hasilnya aku..Seorang insan biasa yang masih mencari arus perubahan untuk masa depan diri aku, keluarga aku, bakal isteri aku dan bakal generasi aku..Semoga semua Cakna dengan kehidupan masing-masing...

Salam Cakna daripada,

Muhammad Hafiz Hanafi
Alumni UKM a.k.a Staf Sementara UKM juga..
Seorang Insan Yg Mencari Arus Perubahan....