Islamic Widget

Peta Dunia

free counters

Aku Hanya Insan Biasa

Tuesday, March 19, 2013

Assalamualaikum....

Terdetik untuk aku menulis lagi di blog yang dh lama x dikunjungtiba...Ntah2 dah berhantu agaknya blog aku nie..Haha..PUAKA gitu..

Intipati untuk entri kali ini berkenaan dengan IKATAN PERSAHABATAN...

Kredit kepada: http://bicara-hati-mama.blogspot.com/2011/03/apa-perbezaan-sahabat-dan-kawan.html
Sesiapa yg berasa x berminat untuk membaca, aku x paksa anda semua untuk menelaah entri ni umpama nak jawab exam plak...Maaf x dapat nak bagi 9A+.Motiffff?? (Haha...Result SPM kan nak keluar esok..)

Salasilahnya entri SAHABAT ini berpunca daripada kisah "seorang sahabat aku ni berkecil hati dengan aku"...Jadi terdetik dalam benak aku samada mmg salah aku ataupun dia yang cepat melatah x tentu hala. Makanya, terdapat 2 kebarangkalian dan kemungkinan konflik ini...Samaada aku salah ataupun dia salah.. (Konflik ini xbesar pun...Jgn pulak korang anggap konflik ni mcm isu negara haram Israel dan negara suci Palestin!)..Jadi xda isu2 bom2 apatah lagi NUKLEAR! Haha

Disebabkan aku ni jenis orang yang suka memohon maaf..Jadi aku face to face cakap dengan dia..Almaklumla nak jaga silaturahim dan hablun minal nas (hubungan sesama manusia)...Setelah diolah dan dirakam cetak ke tulisan..Begini dialog nya:

Aku: Kau marah kat aku ke ****** ?

Dia: Ye lah!! (Cakap dengan kuat..Nak bagi semua orang dengar kot ketidakpuasan hati dia)

Aku: Apa yang aku buat? (Aku jawab dengan cool..Haha)

Dia: Aku ajak semua kau tak nak pergi...Aku ajak je, mesti kau ada macam2 alasan (cakap sambil x pandang muka aku dan masam mencuka plak tu)

Aku: Ye lah..kau ajak masa aku ada hal..(seriously, mmg aku ada hal time tuuu)

[****** simbol ni bukan carutan, makian mahupun sumpah seranah...Tapi simbol ganti nama okay..Haha]

Haha..begitulah dialog nya setelah dirakam cetak ke tulisan dlm blog nie...Kekadang cam kelakar pun ade dialog nie..tapi bila difikirkan balik, di mana salah nya sehingga ada konflik ini..

Balik bilik, aku terus muhasabah diri..."Adakah sahabat2 disekeliling aku berkecil hati dengan aku??" Bagi aku biarlah orang buat aku berkecil hati,,tapi bukan aku buat sahabat aku berkecil hati...

Perkataan yang mampu aku sebut hanyalah kata hikmat "MAAFKAN AKU" ...Sekiranya aku yang bersalah, aku mohon maaf..dan sekiranya kau yang bersalah wahai sahabat, aku mohon maaf jugak...Aku hanyalah insan biasa...

Puisi dan sajak ni sebagai tanda mohon maaf ya SHOHABAH

Kredit kepada: http://teman-berbicara.blogspot.com/
Sumber: Mr. GOOGLE.COM





LIRIK SAHABAT SEJATI - UNIC

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

Rasanya itu saja entri untuk kali nie...Dengan rasa rendah diri, aku minta maaf dengan sekihlas hati ini...

p/s: Kalau aku sebut Maaf, Maaf, Maaf, Maaf...Aku harap kau LISTEN, LISTEN, LISTEN, LISTEN....Hahaha


Hamba yg Bersalah,

Muhammad Hafiz Hanafi



0 comments: