Islamic Widget

Peta Dunia

free counters

Ciri-ciri Lelaki Yang Menjadi Idaman Wanita Tetapi Sukar Dicari...

Wednesday, March 20, 2013


Assalamualaikum w.b.t....

Singgah lagi nampaknya aku kat blog aku nie...Bukan sebab bosan atau apa....Apatah lagi membuang masa nak tulis benda2 yang tak berfaedah (Kutuk kerajaan salah, pembangkang penipu, tuduh sana sini, dia salah kau salah, dll...itu bukan aku..Haha)..

Terdetik dekat fikiran aku nak berkongsi harapan,idaman dan impian wanita-wanita di luar sana untuk mempunyai lelaki seperti ciri-ciri yang mereka kehendaki...(adik2, kakak2, makcik2, dan mak nyah, pondan, bapok dan sama spesis dgnnya terkecuali..tetttt..Hahaha

Gambar Hiasan Sahaja..Sumber: MR.GOOGLE

Ramai sahabat-sahabat perempuan aku cakap lelaki sekarang semua sama sahaja..Tiada apa-apa pun yang istimewa..Lebih senang dipanggil TIPIKAL LELAKI MELAYU..(Take note ye para pria termasuklah aku....)

Sudah semestinya, wanita2 ni dambakan lelaki yang kacak, maskulin, romantik dan macam2 lagi yang tipikal pada lelaki sekarang...Namun begitu, jauh di sudut hati mereka terdetik kemahuan lelaki yang bercirikan berbeza dgn tipikal lelaki lain...Ciri ciri ni susah dan sukar nak didapati pada lelaki tipikal kata mereka...Haha.. (agak2 ciri-ciri tu ada tak pada aku..)

Ciri-ciri lelaki yang semakin PUPUS:

1. Tidak merokok

Rokok dan lelaki mmg tidak dapat dipisahkan..Apatah lagi rokok telah menjadi sahabat yang baik sejak zaman remaja lagi...nk dikatakan mereka ni memang rapat bagaikan aur dengan tebing..kononnya..Haha..Sebenarnya perempuan tidak suka pada lelaki yang merokok! Itu pasti. Tapi bagi lelaki, merokok tanda maskulin (main-main asap, kepul2 pastu buat bulat2..Macho kononnya..Haha)..

Percaya atau x, ramai lelaki berjanji akan berhenti merokok bila dah berkahwin kelak...Tapi biasalah, bila janji sekadar janji...Maka jadilah JANJI DICAPATI..Maka, wanita2 ni percaya bahawa lelaki akan berhenti merokok selepas kahwin..Tapiiii..HARAMMMMM nk berhentinya...lagi kuat merokok adalah..

Persoalannya, berapakah nisbah lelaki yang merokok berbanding lelaki yang tidak merokok? 10:1 braderrr gua cakap sama lu... Maka, si wanita2 ni pun makan hati sampai ke tua....



2. Pembersih

Haha..Siapa kata lelaki kotor! siapa siapa siapa...Bukankah lelaki keluar dating wangi semerbak kasturi??Itu semua dusta belaka..Dari luaran memang nampak bersih, tapiii secara tersiratnya?? Cuba ditanya pada diri sendiri, berapa kali kah seluar jeans , baju mereka dibasuh...Silap2 mereka menjawab, sebulan sekali..Ntah2 setahun sekali..Kau mampuuuu! haha...Ntah2 boxer dan seluar dalam dipakai berkali2 agaknya.. (aku terkecuali..Haha)



3. Pandai buat kerja rumah

Lelaki yang pandai buat kerja rumah bukan bermaksud pandai buat kerja sekolah okayy..Tapi pandai menguruskan kerja-kerja rumah...Mengemas rumah, basuh dan lipat baju dll...Cisss, ini bukan kerja perempuan ke? Hah, itu dia soalan cepumas TIPIKAL LELAKI...Boleh dikira pakai jari berapa la sangat lelaki pandai buat kerja rumah...Pegang penyapu macam pegang kayu golf, basuh baju?? Baju pun xpernah basuh..kat rumah pun BOXER mak basuhkan...Hah, ciri ini yang spesial dan sukar dicari pada tipikal lelaki..kannnn...Percaya atau tidak..ramai perempuan mengharapkan golongan lelaki yang bergelar suami menolong mereka menguruskan rumah..Tapi apakan daya, renang lautan api pun belum tentu dapat, iye idak!



4. Pandai masak

Kebiasaannya golongan wanita yang ke dapur...Lelaki hanya duduk kat ruang tamu, minum kopi sambil rokok..Kalau korang fikir macam ni..tahniah, anda memang tipikal lelaki... (aku masih terkecuali..Haha) Kesian si isteri sesorang masak..Kepada golongan wanita di luar sana tu, lelaki sebenarnya bukan tak pandai masak cuma diorang pandai masak 3 perkara asas iaitu masak AIR, TELOR GORENG, dan paling spesial MAGGI TELOR MATA...Haha..Itu pasti...




Hah..itu lah ciri-ciri yang perempuan nak yang sering aku dengar keluar drpada mulut wanita itu sendiri...Sama ada kita, lelaki2 tipikal melayu ni nak terima untuk berubah ataupun berada pada kempompong zon selesa..terserah..Anda yang menentukan (undi adalah rahsia..Haha) Masa untuk kita berubah!!


Undilah Saya...haha


Sekadar berkongsi

Muhammad Hafiz Hanafi
Bukan Lelaki Melayu Tipikal..Kononnya..

3 comments:

themissingikmal said...

selagi aku xmati, spesis lelaki yang dikatakan diancam kepupusan, tidak akan pupus. haha

Anonymous said...

semua ciri2 saya ada

Putra Al-Hafiz said...

Themissing ikmal...aku tau kau lah lelaki ituuuu...rajin masak..nk donut coklattt...haha