Islamic Widget

Peta Dunia

free counters

Ditelan Mati Mak Diluah Mati Mak Jugak...Ayah???

Thursday, March 21, 2013

Assalamualaikum w.b.t

Berjumpa lagi kita dalam edisi entri kali ini....Edisi?? Dah macam edisi khas kt tb3 pulak..Haha..

Terfikir jugak aku apa yang nak dibual-tuliskan pada entri kali ini...Bosan jugak kalau nak diceritakan pasal hal2 PRU-13...Biarlah hal2 PRU ni diceritakan oleh orang lain..Undi saya adalah rahasiaaaaaa...Nmpak rahasiaaaanya itu..Tibaaaa...Haha

Topik yang nak dibual-tuliskan adalah: DITELAN MATI MAK DILUAH MATI MAK JUGAK..AYAH??

Mungkin ramai yang tertanya2 kenapa topiknya begitu-begini...Bukankah sejak zaman dahulukala-kali lagi perumpaan melayu (Melayu shj..tiada perumpaan 1Malaysia) "Ditelan Mati Mak Diluah Mati Bapa" digunapakai.. (konfiusssss??Hah, sambung baca lagi)..

Signifikan topik "Ditelan Mati Mak, Diluah Mati Mak Jugak..Ayah??" kerana sinopsis senario anak2 sekarang yang nampaknya lebih dominan rapat dengan ibu/ mak/ ummi/ mama/mummy/maknyah berbanding dengan bapak/ ayah/ abah/ walid/ apak/ daddy/ bapak ayam ... Kenapa dan bagaimana perkara ini berlaku??Sedangkan itu bapa mereka sendiri...Mengapa boleh wujudnya jurang komunikasi-kasihsayang antara bapa dan anak?? Mari kita bongkarkan..

Tidak salah rapat dengan ibu anda, tapi jangan abaikan untuk berkomunikasi dengan ayahanda tercinta. Aku tulis entri ni pun bukan suka-suki semata2 nk penuhkan blog..Tapi sebagai peringatan kepada kita semua..takut hal ini menjadi barah dalam daging..

Hal ini berlaku depan mata aku sendiri kerana pernah emak aku menceritakan kepada aku tentang ayah aku mengadu pada mak aku tentang kekhilafan aku kepada nya.. (diterangkan pada sinopsis 1, sinopsis 2 dan sinopsis 3)

SINOPSIS 1 (Kisah aku..Benar punya)

Disebabkan dulu(masa matriks) aku asyik call mak aku berbanding ayah aku...Obiouss sgt kann..Tepon mak aje..Soalan yang ditanya abah pada mak aku adalah "kenapalah apis asyik telepon awak je...Dia tak sayang abang ke (nada sedih)??" Tahukan korang, betapa berderaunya darah aku pabila mak aku menceritakan hal ini kepada aku..Dari ayat tu, aku dh tahu ayah aku berkecil hati dengan aku..TAPI dia tak pernah TUNJUK kepada anaknya ini...Hebatnya ayah aku, kerana tetap layan aku seperti biasa, smpai aku tak sedar yang aku melukainya secara tersirat..Maafkan apis ya Abah!.. *kisah ni berlaku kat matriks ye..Skg dah tak lagi..Haha.. (peringatan untuk korang sahaja)

Kesilapan aku adalah aku tak call ayah aku shj...Sedangkan aku dengan ayah aku rapat kamcing mcm kawan...Klu dalam kereta tu, tak de la sampai cakap sepatah jawab sepatah...Almaklumla aku kan banyak cakap..Haha..Takkan senyap punya la.. Hahh..Pasal xcall pun dah berkecil hati, apatah lagi kalau tak bercakap sangat..Oleh itu sesekali telepon la ayahanda korang masing2..Jgn asyik call mak je OK..

SINOPSIS 2 (Kisah sahabat ayah aku dan anaknya)

Disebabkan aku yang rapat dengan ayah aku sejak kecik smpai la sekarang (siap cium pipi ayah aku lagi, korang??mesti cium pipi mak aja kannn..Haha *bangga). Aku ikut ayah aku gi masuk hutan, mancing, pikat ayam hutan, pikat burung terkukur dll..Mungkin sebab tu aku rapat dgn ayah aku tu..

Sehinggakan ada kawan ayah aku tanya kat ayah aku "Napi, napa anak kau boleh masuk sekepala dengan kau, mesra lagi..kalau anak aku..Sepatah aku ckp sepatah dia jawab..Macam xde komunikasi..." (*Napi, nama singkatan bapak aku)..

Korang nampak x tuu.. Keakraban anak pakcik XXX tu dengan pakcik XXX tak rapat..Jurang ini yang kita panggil tiada komunikasi..Anak2 macam takut sgt dengan si ayah..Guana tuuuu...teruskan kat sinopsis 3..

Sinopsis 3 (Kisah sahabat aku dengan ayah dia)

Ni pulak kisah kengkawan aku yg bercerita tentang ayah depa...Kawan aku seolah tergamam pabila aku bercerita tentang aku cium pipi ayah aku...Dia ckp dia xpernah cium pipi ayah dia kecuali "bila tiba HARI RAYA"... Haha klakar bukan..Selalunya dan tipikalitinya, anak2 biasa cium pipi mak dan bonda mereka..Tapi ayah??? Diabaikan begitu sahaja..Adilah kah?? Dimanakah keADILan nyer??Eh eh eh..dah macam berpolitik pulak...Haha..Maaf..Almaklumla terikut2 bahang PRU 13..

Untuk menggempakkan cerita soksek nie, dia cakap dalam keta pun dia akan senyap..Bapak dia pun senyap..Macam xda orang dalam keta..tapi klu dengan mak...Tak cukup sejam, berjam2 cakap itu ini...Pelikkan..Dimana silap nya.. (kalau aku dgn bapak aku, dah pung pang pung pang dlm keta berborak, ketawa bagai)

Di sini saya insan biasa-biasa saja nk kongsikan tips untuk anak2 rapat dengan bapak..Guane?? Baca lah lagi di bawah.


Tips Nak Rapat Dengan Abah/Papa/Daddy/Walid/Ayah


1. Telefon dengan lebih kerap

Kalau dah duduk jauh tu, sesekali telefonlah la abah korang tu..Jangan asyik tepon mak je (korang tepon mak pun sebab nak tanya masak ape kannnn...haha).. Tanyalah khabar sikit ala ala Shae - Sayang Apa Kabar Dengan Mu gituuuu...haha

Sumber : MR. GOOGLE
2. Buatkan minuman

Kebiasaannya bapak2 ni suka minuman orang tua a.k.a kopi..Jadi jgn segan silu nak buat abah korang air...Tambah pulak air tangan korang kannn..lagilah dia syg kat korang.. (kalau pandai masak lagi bagus...BONUS tuuu..)


Kopi pun jadi lahhhh...
3. Lepak sebentar dengan dia

Kalau ayah korang tengah duduk kat kerusi malas sesorang tu, temankan lah dia sebentar..tak lama pun 5 minit jadilah..Barulah ada ikatan komunikasi walaupun sedikit.. (nak lagi syok, berehat sebentar bersama KIT-KAT...haha)

4. Borak tentang apa yang paling disukai

Hobi apa yang ayah korang paling minat?? Bola sepak, badminton, hoki dll..korang bukak pasal benda yang dia minat..kompem la nanti mesti berjam2 korang borak..lagi2 pasal bola... (kalau aku, aku borak pasal mancing, pikat ayam, masuk hutan...Tu citer feberet aku dengan abah aku..Haha)


Perghhh...dah lama xpergi pikat ayam hutan...Syok dulu2 duk kat kampung.

Mancing pun syok jugak..Nk2 fight dgn ikat besarr...Puas2..
5. Urut2 dan picit2kan badan ayah

Sesekali terasa lega jugak ayah korang bila balik kerja je..ada orang yang tolong picit2kan badan...Hilang penat bekerja..Tak gituuu..Tapi biasalah perkara ni susah sikit nk buat..Betul tak..Pelan2 kayuh k..Haha


Dulu selalu buat masa kecik2..Kenapa sekarang xboleh???
Sumber: MR GOOGLE
6. Cium pipi ayah

Kalau korang tak penah2 cium pipi ayah korang , mesti dikatakan buang tebiat agaknya anak aku ni, katanya...Haha..Antara keenam2 tips yang diberi, ni yang paling susah nk dilakukan..tambah pulak korang anak lelaki..kannn... (haha..aku pun laki, tapi boleh je cium bapak aku..Guane tu??) Nak seribu daya, tak nak seribu dalih...


Buat macam ni..Susah ke???
Sumber: MR. GOOGLE
Itu je tips yang mampu aku berkongsi dengan korang k..Jumpa lagi pada edisi entri akan datang..Jangan lupa doakan mak bapa korang sekurangnya sekali sehari...Haha




p/s: Suatu masa nanti korang akan bergelar bapa (kepada yg lelaki)...Takkan korang nak anak korang jadi cam korang kann...tepuk daya tanya selera


Yang berkongsi,

Muhammad Hafiz Hanafi
Cakna dengan Isu Keluarga..

0 comments: