Islamic Widget

Peta Dunia

free counters

Kenangan Temu Janji Bersama Encik Najis bin Lembu..

Sunday, March 6, 2011

Kenangan semasa Kembara Seri Perpatih III
Salah satu aktiviti yang dijalankan adalah "Eksplorasi Budaya". Di mana salah satu aktivitinya adalah memahami budaya Encik Najis bin Lembu..Kenangan terindah bersama "beliau" sangat memberi seribu satu bau yang tidak akan dilupakan.

Masa ni aku dan kumpulan aku bertungkus lumus mencari rumah Encik Najis bin Lembu. Masing-masing excited nak tengok "orang" tersebut...Penduduk kampung memberitahu bahawa beliau adalah insan terpenting dalam menghijaukan kampung mereka....berkaitan dengan pengusahaan baja la kot...Hahkhkahkakhahk...kami tak sabar nk tengok beliau.(aku dikecualikan).

 Khusyuk mendengar penjelasan untuk "bertemu janji" dengan Encik Najis bin Lembu....mmg khusyuk...Tak sabar la tu..hahkahkahkkh...Rupa2nya Encik Najis bin Lembu adalah....?????Erkkk erkkk erkkk..Apa ni???

 Hhkahkahkhakhka.....Semua berganding bahu "bermain" dengan Encik Najis bin Lembu mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh koordinator.Prosedur tersebut seperti berikut:
01. Cari tahi lembu
02. Cari sumber air.
03. Cari alatan sesuai digunakan.(sesuai ke??)
04. Campurkan tahi lembu tadi dengan air. Gaulkan hingga sebati.
05. Pastikan semua ahli terlibat dalam menyebatikan campuran tadi.
06. Angkut hasil campuran ke dalam kereta khas(kereta sorong).
07. Gambar semua ahli mesti ditangkap bersama hasil campuran.




 Inilah gambar kenangan kami bersama-sama Encik Najis bin Lembu....Seribu satu bau menjadi kenangan kami semua...Perfume Encik tidak akan kami lupa...Akhir kata, MAHASISWA BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT.

p/s: Nampaknya ramailah Encik Najis bin Lembu menjadi korban untuk menghijaukan kampung...Lepas ni mesti setiap kampung mempunyai produk hasil cop Encik Najis bin Lembu...Tapi apa pun, kampung tercantek adalah kampung Sg. Jerneh, Gemencheh...

0 comments: