Assalamualaikum dan Salam Lebaran diucapkan kepada semua,
Pejam celik pejam celik, bulan Syawal dah hampir berlalu pergi..Rasanya baru semalam sambut Hari Raya AidilFitri dan bersembahyang raya di kampung..Sungguh cepat masa berlalu ya!
Di bulan Syawal ni, pasti semua sibuk menghadiri majlis2 rumah terbuka undangan keluarga, sahabat handai, rakan sekerja dan semua saudara2 islam...Tak salah untuk datang makan dan berziarah, tapi makan tu biarlah berpada2..Hai, jangan nanti kerana mulut memakan, nanti perut menerima musibahnya..
2. Anda ghairah? (jgn fikir macam2 ea!)...Ghairah ke tengok makanan2 tu, makan makan juga TAPI jangan dilupa air minuman..Lebih AFDAL air kosong, nak lagi AFDAL air zam2..Kalau adalah....Pastikan minum air yang banyak supaya elakkan sembelit semasa raya rumah rakan2...Kang berjam2 lah korang berada dalam TO-I-LET....